Selamat datang kepada semua pengunjung dan jutaan terima yang tidak terhingga dirakamkan kerana sudi meluangkan masa berkunjung ke Blog DengarKata (DK) ini. Reaksi serta maklumbalas daripada anda semua adalah kekuatan serta semangat yang akan memantapkan lagi perkembangan blog ini. Sekian, terima kasih.

Salam Ukhuwah

Photobucket

  • /

Keajaiban Kaabah Luar Biasa...

Posted by DengarKATA On Friday, June 12, 2009 0 comments


Kaabah yane terletak ditengah-tengah pusat dunia ini, merupakan misteri penciptaan khazanah alam yang paling istimewa serta tidak ternilai harganya. Ianya telah dicipta sejak ribuan tahun lamanya pun begitu, masih teguh hingga ke hari ini. Salah satu keajaiban Kaabah ialah ianya tidak akan luput ditelan masa sehinggalah datangnya hari kiamat. Kaabah mewakili arah penyembahan kepada tuhan yang esa oleh semua umat Islam di seluruh dunia iaitu sebagai kiblat yang satu. Pabila musim haji banyak orang sanggup bergadai nyawa untuk mendekati kaabah seolah-oleh membuktikan ianya cukup istimewa. Menurut cerita yang sememangnya terbukti kebenarannya, Kaabah diciptakan oleh para malaikat dan seluruh makhluk hidup di alam ini termasukah binatang seperti burung dan semut.

Memang jelas ianya bukanlah ciptaan oleh manusia sepenuhnya. Buktinya ada pada salah satu penjuru sudut Kaabah di mana terdapat sejenis batu yang wangi berasal dari syurga di bawa melalui malaikat Jibril. Itulah antara satu-satunya batu ajaib yang ada di dunia ini datangnya dari alam syurga yang pastiya tidak akan ditemui di tempat lain di alam ini. Namun misteri yang menjadi persoalannya ialah apakah yang terkandung di dalam Kaabah itu? Bagaimanakah keadaan suasana di dalam Kaabah tersebut? Mengapakah ia mesti di rahsiakan? Jika difikirkan memang ada kebaikan dan hikmah disebaliknya…


AL-FATIHAH: Ditembak dalam masjid

Posted by DengarKATA On Wednesday, June 10, 2009 0 comments

KEJAM...Waris dan penduduk kampung melihat jenazah
ahli keluarga yang ditembak mati ketika berjemaah
solat isyak di Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan
di selatan Thailand, kelmarin. – UTUSAN/HAFIZ JOHARI

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.
Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.
‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.
‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.
‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.
‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.
‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.
Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.
Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauan Utusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.
Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.
Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.